Thailand Heart Drive

Jenice Lee (tengah berbaju biru) mengambil gambar bersama semua 4x4 WD peserta sebelum bertolak

(Pandan 26hb) DAP ADN Teratai merangkap pembantu Menteri Besar bahagian Belia & Sukan Jenice Lee bersama dengan 10 persatuan mengadakan satu konvoy dinamakan “Thailand Heart Drive”. Pagi tadi Jenice merasmikan program tersebut dan 38 buah kerata pancutan 4 roda bertolak ke Thailand.

Penganjur program termasuk Pejabat ADN Teratai, Elite Disaster Rescue Malaysia (EDRM) dan perasatuan-persatuan 4*4 WD Malaysia. Disamping itu, program ini juga disokong penuh oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Jenice lee menjelaskan program ini dibahagi 2 sesi. Sesi pertama ialah 38 buah 4 wheel drives ini akan hantar barang-barang kemanusiaan ke Hatyai melalui lebuhraya. Apabila sampai ke Hayai, barang-barang akan dinaik ke lori yang disediakan oleh Thailand Channel 3 dan dihantar ke Bangkok. Semua kereta 4 wheel drives akan batal balik selepas barang diserah kepada kumpulan Thailand.

Pada 3hb Disember 11 orang termasuk Jenice akan bertolak dari LCCT ke Bangkok dan mengagihkan barang-barang kemanusiaan kepada mangsa banjir.

Selain daripada penganjur ramai syarikat swasta juga menyertai program ini contoh KK Mart yang menderma makanan dan minuman; Great Summit menderma baju keselamatan.

Akhirnya, Jenice menyeru kepada semua penduduk kalau ingin membuat derma sila hubungi persatuan atau kumpulan yang mempunyai kredibiliti contoh surat khabar atau yayasan berkredible. Ini adalah untuk memastikan barang-barang dermaan atau wang disampai kepada orang yang perlu. Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi pejabat 03-4295 1267.